Ratib Al-Haddad adalah ratib atau susunan do’a dan
dzikir-dzikir ma’tsurat. Adapun nama Al Hadaddad itu sendiri diambil
dari nama penyusunnya, yaitu Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad,
seorang pembaharu Islam (mujaddid) yang terkenal dari Hadramaut Yaman.
Doa-doa dan zikir-zikir susunan beliau, yaitu Ratib Al-Haddad ini
adalah ratib paling terkenal dan masyhur. Ratib ini juga disbut sebgai
Al-Ratib Al-Syahir (Ratib Yang Termasyhur) disusun berdasarkan ilham
yang turun pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijriyah (26 Mei
1661 Masehi).
Ratib ini disusun untuk memenuhi permintaan salah seorang murid
beliau, ‘Amir dari keluarga Bani Sa’d yang tinggal di sebuah kampung di
Shibam, Hadramaut. Tujuan ‘Amir membuat permintaan tersebut adalah agar
ada amalan wirid dan zikir bagi penduduk kampungnya supaya mereka
diselamatkan oleh Allah Saw dari tipu daya ajaran paham sesat yang
sedang melanda Hadramaut ketika itu.
Pertama kalinya Ratib ini dibaca ialah di kampung ‘Amir
sendiri, di kota Shibam setelah mendapat izin dan ijazah dari
penyusunnya Al-Imam Abdullah Al-Haddad sendiri. Setelah itu
Ratib ini dibaca di Masjid Al-Imam Al-Haddad di Al-Hawi, Tarim dalam
tahun 1072 Hijriah bersamaan tahun 1661 Masehi. Pada kebiasaannya ratib
ini dibaca secara bersama-sama jama’ah muslimin setelah sholat Isya’.
Pada bulan Ramadhan ia dibaca sebelum solat Isya’ bagi mengelakkan
kesempitan waktu untuk menunaikan sholat Tarawih. Mengikut Imam
Al-Haddad di kawasan-kawasan di mana Ratib al-Haddad ini diamalkan,
dengan izin Allah kawasan-kawasan tersebut selamat dari pengaruh
tipu-daya aliran berpaham sesat tersebut.
Apabila Imam Al-Haddad berangkat menunaikan ibadah Haji, Ratib Al-Haddad pun mula dibaca di Makkah dan Madinah. Sehingga hari ini Ratib berkenaan dibaca setiap malam di Bab al-Safa di Makkah dan Bab al-Rahmah di Madinah.
Habib Ahmad bin Zain Al-Habsyi pernah menyatakan bahawa sesiapa yang
membaca Ratib Al-Haddad dengan penuh keyakinan dan iman dengan terus
membaca “ La ilaha illallah” hingga seratus kali (walaupun pada
kebiasaannya dibaca lima puluh kali), ia mungkin dikurniakan dengan
pengalaman yang di luar dugaannya.
Beberapa perbedaan bisa didapati di dalam beberapa cetakan
ratib Haddad ini terutama setelah Fatihah yang terakhir. Beberapa doa
ditambah oleh pembacanya. Al Marhum Al-Habib Ahmad Masyhur bin
Taha Al-Haddad memberi ijazah untuk membaca Ratib ini dan menyarankannya
dibaca pada masa–masa yang lain daripada yang tersebut di atas juga di masa keperluan dan kesulitan. Mudah-mudahan siapa yang membaca ratib ini diselamatkan Allah daripada bahaya dan kesusahan. Amiin.
Ketahuilah bahawa setiap ayat, doa, dan nama Allah yang
disebutkan di dalam ratib ini telah dipetik daripada Al-Quran dan hadith
Rasulullah S.A.W. Terjemahan yang dibuat di dalam ratib ini,
adalah secara ringkas. Bilangan bacaan setiap doa dibuat sebanyak tiga
kali, kerana ia adalah bilangan ganjil (witir). Ini ialah berdasarkan
saranan Imam Al-Haddad sendiri. Beliau menyusun zikir-zikir yang pendek
yang dibaca berulang kali, dan dengan itu memudahkan pembacanya. Zikir
yang pendek ini, jika dibuat selalu secara istiqamah, adalah lebih baik
daripada zikir panjang yang dibuat secara berkala atau cuai [1]. Ratib ini berbeza daripada ratib-ratib yang lain susunan Imam Al-Haddad kerana ratib Al-Haddad ini disusun untuk dibaca lazimnya oleh kumpulan atau jamaah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar